(Video) Pengurangan COVID-19 Negara Semakin Baik, Lebih Banyak Kelonggaran Mungkin Akan Diumumkan Jun Ini


Nampaknya sinar cahaya buat negara kita Malaysia untuk keluar dari wabak pandemik Covid-19 ini semakin cerah bila hari demi hari negara menunjukkan result penurunan mereka yang dijangkiti.

Lebih banyak kelonggaran untuk Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) juga dijangka akan diberikan dan diumumkan awal bulan Jun nanti dan keputusan ini bergantung jika kes harian kekal pada dua angka atau satu degit.

Jika kita dapat mengekalkan (situasi sekarang) sehingga 9 Jun dan mengambil kira musim perayaan, mungkin kita akan buka lebih banyak sektor sosial dan pendidikan. Jika kita boleh tangani kedua-dua kumpulan, kita boleh turunkan lagi jumlah kes selain melihat sama ada musim perayaan ini membawa impak jangkitan membabitkan rakyat Malaysia. - Kata Dr Noor Hisham.

Kumpulan yang dimaksudkan Dr Noor Hisham adalah dari kalangan rakyat Malaysia dan kes dari warga asing yang hari ini semakin meningkat.

Selain itu, beliau turut melaporkan kejayaan strategi yang digunakan yang bertukar dari PKP kepada PKPB dan ini semua dapat dicapai dengan semangat yang ditunjukkan oleh semua Rakyat Malaysia untuk mematuhi setiap SOP yang ditetapkan.

Jom ikuti mesyuarat laporan di antara Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama Menteri Pertahanan Ismail Sabri Yaakob dan Dr Noor Hisham di BERNAMA semalam.


OHMEDIA: SEMOGA NEGARA KITA DAPAT KELUAR DARI WABAK PANDEMIK INI DALAM MASA TERDEKAT.

Sumber: BERNAMA

+ Baca respon pembaca yang ikuti perkembangan wabak di Facebook Oh! Media.




Sumber: Oh! Media