Tip Mudah Mop Lantai Dengan Cepat Dan Bersih Di Hari Raya


Walaupun sambutan hari raya pada tahun ini tidak semeriah tahun-tahun yang lepas kerana tiada yang datang menziarah, korang tetap perlu menjaga kebersihan di rumah antaranya adalah mop lantai kerana ianya mudah kotor kerana akibat kesan tapak kaki dan juga habuk. Oleh itu, Ohmedia nak kongsi dekat korang tip mudah untuk mop lantai dengan bersih dan cepat di hari raya.

Air Panas


Kadangkala tidak semua yang tahu langkah-langkah untuk mengemop lantai dengan sempurna. Perkara pertama yang perlu korang lakukan adalah menyediakan air panas di dalam baldi. Kemudian campurkan sedikit dengan cuka dan mop kesemua bahagian lantai dan biarkan sehingga ia menjadi kering.

Clorox


Boleh dikatakan cecair clorox sering digunakan sewaktu korang mop lantai. Oleh yang demikian, elakkan supaya tidak terlalu banyak menggunakan clorox kerana ia akan meninggalkan kesan bau yang kuat.


Sabun Pencuci


Selepas selesai meletakkan sedikit clorox di dalam baldi yang berisi air, campurkan dengan sabun pencuci yang wangi seperti apple dan lavender. Hal ini akan membuatkan lantai menjadi wangi semasa dan selepas korang mengemop nanti.

Air Bersih


Setelah kesemua proses dilakukan, tinggal masa untuk korang mambasuh lantai tersebut menggunakan air yang bersih dan mop sehingga ia menjadi kering. Hasil yang korang akan dapat nanti ialah lantai menjadi lebih bersih dan juga wangi.

OHMEDIA : SEMOGA TIP INI DAPAT MEMBANTU KORANG UNTUK MEMBERSIHKAN LANTAI DENGAN MUDAH

+Baca respon pembaca tip mudah mop lantai dengan cepat dan bersih di hari raya di Facebook Oh! Media








Sumber: Oh! Media