Baru-baru ini viral di media sosial satu video berdurasi 1:10 minit yang menunjukkan kekecohan yang berlaku di dalam Dewan Undangan Negeri Melaka di mana Adun Pengkalan Baru, Datuk Norhizam Hassan Baktee yang sangat popular telah mengeluarkan katakata kesat.
Norhizam tampil dengan satu video lagi dengan menjelaskan keadaan sebenar yang mendakwa telah diprovokasi dahulu sebelum dia menjadi berang!
Saya tak bising saya tak marah, saya diam saja. Tetapi apabila saya diprovok, saya dimaki hamun, dimakinya saya babi, dimakinya saya ni pengkhianat, dimakinya saya ni orang kerajaan pintu belakang. Pelbagai lagi tohmahan yang diberikan kepada saya, digelarkan kepada saya. Ini yang membuatkan saya menjadi marah. Apabila saya marah, saya berkata dengan YB pembangkang tersebut, siapa yang babi? Siapa yang makan babi? Jadi kalau kita ni nak maki babi tengoklah, kalau kita dah makan babi, muka pun dah macam babi, kalau boleh perangai jangan macam babi lah. Itu yang saya katakan disini. - Jelasnya.
Hasil dari pemerhatian Ohmedia, ada yang menyokong apa yang dilakukan oleh YB dan ada juga yang tidak menyokong. Tapi memang kental YB Norhizam ni sebab dapat berdepan seorang diri melawan 7 orang ahli pembangkang.
+ Baca respon pembaca yang tengok video kekecohan ni di Facebook Oh! Media.
Sumber: Oh! Media