Tiada Lagi Nasihat Bagi Mereka Yang Langgar PKPB!



Bermula hari ini, pihak polis akan bertindak mengenakan kompaun atau pendakwaan di mahkamah bagi mereka yang melanggar prosedur standard operasi (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Perkara ini diputuskan selepas menilai tindakan orang ramai yang dilihat mengambil kesempatan untuk bergerak bebas, termasuklah keluar beramai-ramai dan membawa anak ke pusat membeli belah.

Sumber gambar(hiasan) dari Berita Harian
Datuk Ismail Sabri Yaakob menjelaskan tindakan segelintiir rakyat Malaysia yang melanggar SOP berkenaan akan menyebabkan PKPB ditarik balik dan PKP akan dikembalikan.

Menurut info, mereka yang melanggar SOP akan diletakkan dibawah Akta 342 yang berdepan dengan hukuman kompaun RM1,000. Jika dibawa ke mahkamah, hukumannya adalah RM1,000 atau enam bulan penjara.

OHMEDIA: KELONGGARAN DIBERIKAN DENGAN HARAPAN KITA MEMATUHI SOP YANG DITETAPKAN. SEKIRANYA SOP GAGAL DIPATUHI, KEMUNGKINAN BESAR PKP AKAN KEMBALI.

Sumber: Berita Harian

+ Baca respon pembaca tiada lagi nasihat bagi mereka yang langgar PKPB di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media