Pihak Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menjelaskan bahawa tiada halangan bagi mana-mana pihak khususnya golongan asnaf yang mahu memohon zakat berulang kali meskipun sudah dibantu sebelum ini kerana terbeban dengan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Meskipun begitu, permohonan yang dibuat akan dinilai terlebih dahulu oleh pihak MAIWP sebelum diluluskan. MAIWP menjelaskan bahawa bantuan yang diberikan ini adalah amanah dari pembayar zakat meskipun nilainya tidak seberapa.
Sumber gambar dari Facebook MAIWP |
Dipetik dari Berita Harian, melalui misi Musaaddah COVID-19 yang digerakkan oleh Menteri Hal Ehwal Agama, Datuk Dr Zulkifli Al-Bakri, sebanyak RM42.59 juta Dana Zakat MAIWP Prihatin telah diagihkan sepanjang tempoh PKP.
OHMEDIA: BAGI ANDA YANG TERJEJAS TERUK AKIBAT PKPB ATAU PKP SEBELUM INI ELOKLAH CUBA MEMOHON BANTUAN DARI MAIWP. SEKIRANYA DILULUSKAN, DAPATLAH MERINGANKAN BEBAN ANDA SEPANJANG PKPB INI.
Sumber: Berita Harian
+ Baca respon pembaca MAIWP tiada halangan beri bantuan berulang kali di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media