Tiada Akaun Twitter, Facebook & TikTok, Elly Mazlein Tidak Kisah Individu Cipta Akaun Palsu


Elly Mazlein atau nama sebenarnya, Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi berusia 40 tahun tenang memberi respon apabila mengetahui ada individu tidak bertanggungjawab membuka akaun palsu di beberapa platform media sosial.

Kaklinapompom memuatnaik satu posting di Instagramnya, @iamellymazlein yang dikirimkan oleh peminat menunjukkan paparan skrin akaun Twitter individu tersebut yang menggunakan nama dan gambarnya.

Walaubagaimanapun, dia menjelaskan bahawa tidak mempunyai akaun lain seperti di Facebook, TikTok dan juga Twitter. Rata-rata ramai netizen memuji sikapnya yang baik hati kerana masih membiarkan individu tersebut melakukan perkata itu dan tidak mengambil tindakan apa-apa.

Di Twitter juga dia ada...Ya orang yang sama..Tak apa lah asalkan dia happy. Semua account dia buat fake guna nama Kepom. TikTok pun dia buat juga. Kepom tak ada TWITTER, TAK ADA FACEBOOK dan TAK ADA TIKTOK account. Ni untuk awak. Thank you tau semua yang DM (Direct Message) bagi tau pasal ni..Salam Ramadhan. Dah..Takyah pening-pening pasal kecil punya hal..account media sosial je pun..Sebarkan kebahagiaan.


OHMEDIA: TERBAIKLAH KAKLINAPOMPOM! SEBARKAN KEBAHAGIAAN JER DIA NAK.

Sumber: Instagram

+ Baca respon pembaca minat Kaklinapompom di Facebook Oh! Media.






Sumber: Oh! Media