SOP Pembukaan Semula Masjid & Surau Telah Dipersembah Kepada Agong


Banyak juga perkara yang perlu diteliti dan disiapkan sebelum membuka semula Masjid dan Surau yang ditutup sejak 18 March 2020 berikutan arahan Perintah Kawalan Pergerakan.

Hari ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama, Datuk Dr Zulkifli Mohammad Al-Bakri mengesahkan SOP untuk membuka semula Masjid dan Surau ini sudahpun dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Majlis Raja-Raja untuk diperkenankan.

Saya tahu ramai umat Islam rindu untuk ke masjid, terutama untuk mendirikan solat Jumaat, solat tarawih dan solat lima waktu. Insya-Allah, kita doakan keadaan akan bertambah baik, tambahan pula banyak kawasan hijau Covid-19 di seluruh negara. - Katanya.

Diharapkan rakyat Malaysia terutama mereka yang beragama Islam dapat bersabar. Untuk agama lain, kerajaan turut sedang meneliti SOP yang tepat bagi memastikan rakyat dapat mengerjakan ibadah dalam keadaan selamat dan tenang.

Sumber: Harian Metro

+ Baca respon pembaca yang rindu untuk ke Masjid dan Surau di Facebook Oh! Media.




Sumber: Oh! Media