Sony Experia Buat Comeback! Perkenal Peranti Baru Pada Harga RM1,799


Lama juga kita tidak mendengar Sony membuat pelancaran smartphone baru di Malaysia. Kali ini Sony lakukan comeback dengan memperkenalkan sebuah smartphone baru iaitu Sony Experia 10 II juga disebut sebagai Sony Experia 10 Mark 2. Menurut info dari Technave, peranti berkenaan dijual pada harga RM1,799 yang akan tersedia bermula Julai tahun ini.

Jadi apa je spec yang ditawarkan oleh Sony untuk peranti terbaru mereka ini? Berdasarkan info dari Technave, peranti ini akan hadir dengan paparan sebesar 6 inci OLED TRILUMINOS dengan aspect ratio 21:9. Ia sesuatu yang menarik kerana teknologi TRILUMINOS ini biasanya dipakai pada BRAVIA TV.

Sumber gambar dari YouTube
Jadi korang boleh jangkakan betapa cantik dan berkualitinya paparan yang diberikan nanti khusus untuk menonton video atau bermain game. Selain itu, ia juga dikuasakan dengan chip Snapdragon 665 serta 4GB RAM dengan storan dalaman sebesar 128GB. Lebih menarik ia boleh di upgrade sehingga 1TB. Bagi sistem operasinya, ia akan menggunakan Android 10.

Ini paling penting, aspek kamera. Sony memang terkenal dengan kualiti kamera dan kualiti gambar yang mereka berikan. Siapa pernah pakai Sony Cybershot tahulah penangan kamera mereka. Peranti ini dilengkapi dengan tri-camera, 12MP ultrawide + 8MP main camera + 8MP telephoto. Untuk bahagian depan pula, ia hadir dengan 8MP.

Sumber gambar dari Phone Arena
Antara ciri khas lain yang turut hadir pada peranti ini adalah IP65/IP68 untuk water and dust resistant, Corning Gorilla Glass dan juga 3.5mm headphone jack port serta menyokong HiRes audio bagi wireless atau non-wireless experience. Ia juga didatangkan dengan bateri berkapasiti 3600mAh. Sony Experia 10 II ini hadir dengan empat warna, iaitu Mint, Blue, White dan Black.


OHMEDIA: JADI BERDASARKAN SPEC DAN HARGA, APA PANDANGAN KORANG TENTANG SONY EXPERIA 10 II NI?

Sumber: Technave

+ Baca respon pembaca Sony Experia buat comeback, lancar peranti baru di Facebook Oh! Media




Sumber: Oh! Media