Menurut laporan Mail Online, seorang penyelidik Covid-19 yang dikenali sebagai Dr Bing Liu berusia 37 tahun mati dibunuh ketika beliau bersendirian di kediamannya yang terletak di Ross Township, Pennsylvania, Amerika Syarikat.
Suspek yang dikenali sebagai Hau Gu berusia 46 tahun itu menceroboh masuk ke rumahnya yang tidak dikunci dan melepaskan tembakan di bahagian kepala, leher serta badan mangsa. Kalau korang nak tahu, penyelidik The University Of Pittsburgh itu didakwa dibunuh ketika beliau mengusahakan projek berkaitan dengan pandemik itu.
Walaubagaimanapun, suspek tersebut menembak diri sendiri selepas dia berjalan keluar ke keretanya yang berjarak kira-kira dalam 91.44 meter. Pihak polis mendapati bahawa mereka berdua mengenali antara satu sama lain dan tidak pasti apa hubungan di antara kedua-duanya.
He was a very talented individual, extremely intelligent and hard-working. He has been contributing to several scientific projects, publishing in high-profile journals. He was someone whom we all liked very much, a very gentle, very helpful, kind person, very generous. We are all shocked to learn what happened to him. This was very unexpected. -kata Ketua Jabatan Komputer dan Biologi Sistem di Sekolah Perubatan Pitt, Ivet Bahar
OHMEDIA: HMMM JAHAT BETUL ORANG TU!
Sumber: Mail Online
+ Baca respon pembaca beri pendapat di Facebook Oh! Media.
Sumber: Oh! Media