OPPO Reno4 Series Bakal Dilancarkan Meski Baru Sebulan Oppo Reno3 Series Berada Dipasaran?


Khabar angin mengatakan bahawa Oppo Reno4 bakal dilancarkan kelak meskipun Reno3 series baru sahaja dilancar pada awal bulan ini. Bagaimanapun hari OPPO mengesahkan perkara berkenaan melalui social media, dimana model berkenaan akan dilancarkan pad 5 Jun ini dengan dua jenis, Reno4 dan Reno4 Pro.

Sebelum pelancaran berkenaan, fitur yang terdapat pada smartphone ini sudahpun didedahkan. Dikatakan Reno4 Pro akan didatangkan dengan single punch-hole bagi menempatkan kamera sebesar 32MP. Bagi Reno4, ia hadir dengan dua kamera hadapan, 32MP + 2MP.

Sumber gambar dari Google
Selain itu, Reno4 juga akan dilengkapkan dengan paparan sebesar 6.43 inci Full HD+ Super AMOLED dengan sistem tri-camera, 48MP main + 8MP ultrawide + 2MP depth sensor, manakala bagi Reno4 Pro, ia hadir dengan paparan sebesar 6.5 ini Full HD+ Super AMOLED dengan setting tri-camera system yang berlainan, 48MP main dengan OIS + 12MP lowlight video sensor + 13MP telephoto.

Dari segi performance, kedua-duanya dikuasakan dengan Qualcomm Snapdragon 765G dan mempunyai bateri berkapasiti 4000 mAh yang disokong oleh 65W teknologi pengecasan pantas. Disamping itu juga Android 10 dengan ColorOS 7.1 akan digunakan pada kedua-dua model ini.


OHMEDIA: LAJU BETUL OPPO NI BUAT KERJA. BARU AWAL BULAN HARI RENO3 KELUAR, BULAN SETERUSNYA RENO4 PULA BAKAL MEMASUKI PASARAN. KORANG YANG GUNA RENO SERIES NI OK KE SMARTPHONE NI? CER KONGSI SIKIT PENGALAMAN KORANG GUNA RENO SERIES NI.

Kredit: Technave

+ Baca respon pembaca Oppo Reno4 bakal dilancarkan di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media