Sebelum ini rumah tangga usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri bersama isterinya yang bernama Datin Seri Shahida agak retak sehingga usahawan tersebut memuatnaik gambar seakan-akan surat tuntutan cerai di media sosial.
Pelbagai spekulasi telah dibuat oleh netizen dan baru-baru ini, Ohmedia dengar berita gembira bahawa pasangan ini dikatakan sudah berbaik semula selepas 4 bulan tidak berjumpa. Alhamdulillah. Apa yang lebih menarik, isterinya telah memuatnaik sekeping gambar bersama Aliff dan anak bongsunya, Raudhah Arshiyah di laman Instagram.
Lengkap dah family Raudhah Arshiyah. -kata Datin Seri Shahida
OHMEDIA: ALHAMDULILLAH, ALLAH PANJANGKAN JODOH MEREKA.
Sumber: Instagram
+ Baca respon pembaca beri pendapat di Facebook Oh! Media.
Sumber: Oh! Media