Menurut laporan Bangkok Post, penyanyi popular Lalisa Manoban atau lebih dikenali sebagai Lisa dari ahli kumpulan Blackpink telah menerima pelbagai ugutan bunuh melalui emel dan mesej dari beberapa individu sehingga melibatkan Kedutaan Thailand yang berada di Seoul, Korea Selatan.
Once BLACKPINK has their comeback stage, I am going to shoot BLACKPINK’s Lisa, and you can say goodbye to your bias because that’s the last time you’ll ever see her ugly face again. -kata pengguna Twitter
Kedutaan Thailand mengatakan bahawa pihak mereka akan membantu siasatan dan sudahpun menghubungi agensi pengurusan kumpulan tersebut, YG Entertainment supaya memantau keadaan semasa bagi memastikan keselamatan artis di bawah naungan mereka terjamin.
At YG Entertainment, we are doing our best for the safety and protection of our artists and fans. We are aware of this current situation, and not only are we doing our own constant monitoring, but we are also collecting and going through information sent to us by fans. We will be taking strong action against these threats. -kata YG Entertainment
Kalau korang nak tahu, Lisa Blackpink merupakan warga Thailand yang bekerja sebagai seorang penyanyi di Korea Selatan. Antara lagu popular dari kumpulan Blackpink adalah Kill This Love, Whistle, DDU-DU-DDU-DU dan banyak lagi!
OHMEDIA: FUH! TAKUT BETUL JADI ARTIS. ADA JER TAK PUAS HATI KAN!
Sumber: Bangkok Post
+ Baca respon pembaca beri pendapat di Facebook Oh! Media.
Sumber: Oh! Media