Setiap keluarga pasti pernah meluangkan masa pergi ke pantai untuk bermandi-manda ketika waktu cuti sekolah atau cuti panjang. Namun selepas selesai mandi pasti korang akan mengalami sunburn akibat terlalu lama terdedah kepada cahaya matahari. Perkara ini akan menyebabkan kulit terbakar dan menjadi gelap serta boleh menyebabkan jeragat. Oleh yang demikian, Ohmedia nak kongsi dekat korang 5 bahan untuk memulihkan kulit muka yang terbakar.
Buah Tembikai
Siapa sahaja yang tidak pernah makan dan menjadikan buah ini sebagai minuman kerana rasanya manis dan sedap. Namun tidak semua tahu bahawa tembikai mempunyai zat astrigen yang mampu untuk menyejukkan kulit yang terbakar kerana. Caranya potong tembikai secara nipis dan tekan pada muka selama 20 minit. Kemudian cuci muka menggunakan air yang bersih.
Lidah Buaya
Jika korang berasa runsing untuk menyelesaikan masalah kulit yang terbakar, korang hanya perlu amalkan pengambilan lidah buaya pada setiap hari. Caranya ambil lendir pada lidah buaya dan sapu secara perlahan pada keseluruhan kulit muka. Korang akan nampak perubahannya nanti.
Tomato
Penggunaan Tomato juga mampu untuk memulihkan kulit yang terbakar. Caranya potong tomato kepada 2 bahagian. Kemudian gosokkan pada muka perlahan-lahan dan biarkan selama 10 minit. Akhir sekali, basuh muka menggunakan air yang bersih.
Mayonis
Boleh dikatakan setiap orang ada menyimpan mayonis dalam peti sejuk. Ianya digunakan sebagai sos untuk menambah rasa pada makanan. Namun tidak semua tahu mayonis mempunyai cuka yang boleh mengurangkan kesan sunburn pada muka. Korang hanya perlu sapu sedikit mayonis di muka dan kesannya mampu melegakan kulit serta membuatkan kesan yang terbakar menjadi sejuk.
Timun Dan Susu Tepung
Jika korang ada menyimpan timun dan susu tepung di rumah, korang boleh menjadikan kedua-dua bahan ini sebagai masker kerana khasiat yang ada pada bahan ini mampu menyejukkan kulit muka yang terbakar. Caranya ambil beberapa biji timun dan kisar sehingga hancur dan campurkan bersama 2 sudu susu tepung. Selepas itu sapukan pada muka sehingga sebati.
OHMEDIA : SEMOGA BAHAN-BAHAN INI MENJADI MANFAAT UNTUK KORANG YANG HENDAK MEMULIHKAN SUNBURN
+Baca respon pembaca kulit muka terbakar? gunakan 5 bahan ini untuk memulihkannya di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media