KUALA TERENGGANU, 21 Mei- Kumpulan Syarikat Ketengah Holding Sdn. Bhd (KHSB) membayar zakat perniagaan sebanyak RM721, 815.15 kepada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM), di Pejabat KETENGAH, hari ini.
Pada majlis ringkas itu,Kumpulan Syarikat KHSB yang diwakili Pengerusi KETENGAH, Senator Datuk Razali Idris menyerahkan replika cek kepada Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MAIDAM, M Rozi Bidin.
Kumpulan Syarikat KHSB dalam satu kenyataan memberitahu, zakat yang dikeluarkan itu berdasarkan keuntungan yang diperoleh pada tahun lalu.
Katanya, zakat tersebut diperoleh melalui sembilan buah anak syarikatnya iaitu Ketengah Holding Sdn Bhd (RM144,949), Ketengah Perwira Sdn Bhd (RM275,999.40), Yayasan Islam Terengganu-Ketengah Perwira Sdn Bhd (RM27,460.80), Kebunika Sdn Bhd (RM3,491.28),Ketengah Jaya Sdn Bhd (RM136,866.18), Ladang Ternak Tani Sdn Bhd (RM7,389.63), Kilang Sawit Panji Alam Sdn Bhd (RM99,645.95), Kuari Trengganu Tengah Sdn Bhd (RM12,525.13) dan Kolej Ketengah Sdn Bhd (RM13,487.80).
"Peningkatan pengeluaran buah tandan bersih merupakan faktor utama yang menyumbang kepada peningkatan keuntungan yang diperolehi di samping kecekapan dalam pengurusan syarikat.
"KETENGAH bersyukur kerana mampu membayar zakat seperti yang disasarkan," ujar kenyataan tersebut.
Sumber: teganukita.net