Sekejap jer rasa Ramadan tahun ni dan lepas tu umat Islam bakal menyambut Hari Raya Aidilfitri pula. Seperti kebiasaan, setiap rumah akan hidangkan makanan dan minuman apabila saudara-mara, kawan-kawan ataupun VVIP datang ke rumah untuk menyambut hari raya bersama-sama.
Kalau Ohmedia, antara juadah yang menarik perhatian selain daripada kuih raya dan rendang adalah air yang disediakan. Orang kata boleh terasa dekat tekak air lalu dengan hanya tengok je air dalam bekas. Kah!
Jadi jom kita tengok jenis air dan resepi minuman fancy yang mudah untuk korang cuba dan buat kelainan sepanjang sambutan Hari Raya tahun ini. Walaupun PKPB, Raya mesti Happy!
Lemongrass Lemonaid
Minum lemongrass ni sekaligus dapat manjakan diri korang dengan vitamin C dan antioksidan yang akan meningkatkan imuniti badan dan membantu lancarkan pencernaan. Paling tidak, dapatlah kita pastikan minuman yang sihat untuk tetamu nanti.
Bahan-bahan:
- 2 Serai (bagi lebam)
- ½ cawan jus lemon
- ¼ cawan jus limau purut
- Madu secukup rasa
- 1 sudu besar Chia seeds
- 1000ml air sejuk
Langkah-langkah:
- Masukkan serai dan air di dalam jag dan biarkan ia meresap selama beberapa jam ataupun lebih baik semalaman.
- Tapis ke dalam jag lain dan tambahkan lemon serta limau purut.
- Letakkan Chia Seeds ke dalam minuman tersebut dan biarkan selama 5 minit.
- Tambahkan madu dan ais. Siap! Dah boleh hidang.
Green Goddess
Menyegarkan, bebas gula dan penuh dengan kehijauan. Nama pun Green Goddess kan? Dah sebat makan lemang dengan rendang, kenalah kurangkan tekanan darah dan kolestrol dalam badan tu pulak.
Bahan-bahan:
- 1 biji timun
- 1 biji limau
- 5 daun pudina
- Daun parsley
- 2 batang saderi
- 1000ml air sejuk
Langkah-langkah:
- Basuh semua bahan-bahan dan hiris kecil.
- Masukkan dalam jag yang berisi 1000ml air sejuk.
- Masukkan ke dalam peti sejuk untuk beberapa jam.
Fruity Punch
Minuman Fruity ni paling nampak menyelerakan sebab kita letak banyak campuran buah dan mengandungi antioksidan, vitamin C dan serat yang akan memudahkan pencernaan serta melindungi jantung kita. Slurpp!
Bahan-bahan:
- 2 buah oren
- 1 buah lemon
- ½ buah nenas
- 1 cawan strawberi
- 1000ml air sejuk
- Madu secukup rasa
Langkah-langkah:
- Kisar oren, lemon, strawberi dan nenas.
- Masukkan madu.
- Boleh juga dihidangkan dengan air batu.
Delicious Dates
Delicious dates ni memang senang gila nak buat dan sangat berkhasiat sebab dia akan bekalkan tenaga dan menyihatkan minda kita. Barulah bertenaga sepanjang hari raya nanti.
Bahan-bahan:
- 20 kurma direndam selama 1 jam
- 250ml susu
- 1 biji epal
- 500ml air suhu bilik
Langkah-langkah:
- Kupas dan potong epal, masukkan dalam blender.
- Masukkan kurma yang dah direndam bersama susu dan air.
- Blend sampai halus.
WonderChai
Korang nak makan rendang dengan ketupat banyak-banyak pun takpe waktu raya nanti sebab WonderChai ni mempunyai antioksidan dan boleh bantu melancarkan penghadaman kita. Secawan air WonderChai ni juga dapat buat korang hilangkan rasa stress. Tak tipu!
Bahan-bahan:
- 3 buah pelaga (dihancurkan)
- 1 batang kayu manis
- 3 potongan halia segar
- 1 uncang teh
- Susu soya
- 120ml air panas
Langkah-langkah:
- Letakkan semua bahan-bahan di dalam satu mug.
- Biarkan selama 2-3 minit (sampai nampak kehitaman).
- Buang semua sisa-sisa bahan. Susu dan chai perlu ditumis dan gaul sehingga rata.
Sun-Kissed Dream
Sudah puas minum air sejuk dan menyelerakan, jom kita tengok resepi untuk hidangan air panas pula. Juga mengutamakan kesihatan yang kaya dengan vitamin C dan antioksidan. Buah pelaga yang dicampurkan tu juga elok untuk jantung, hilangkan toksin dalam badan dan lancarkan masalah pencernaan.
Bahan-bahan:
- 1 buah oren
- 1 lemon
- 4 buah pelaga
- 4 bunga cengkih
- I uncang teh
- 120ml air panas
Langkah-langkah:
- Hiriskan kulit oren dan lemon. Buah tu jangan pula korang buang, boleh jer simpan untuk makan nanti.
- Letakkan kulit yang dah dihiris tu bersama buah pelaga dan cenggih tersebut ke dalam mangkuk.
- Masukkan uncang teh dan air panas dan biarkan selama 6 minit. Kemudian asingkan kulit tu tadi dan siap!
Dah terliur ke tu? Korang kenalah cuba buat raya nanti, barulah tetamu senyum sampai ke telinga nanti. Tapi, rahsia paling utama yang akan buatkan hidangan air sedap dan terjamin bersih adalah bila kita gunakan penapis air tanpa tangki LG PuriCare™.
Penapis air tanpa tangki LG PuriCare™ tanpa tangki yang sangat canggih dan hygenic ni sudahpun mula dijual di pasaran. Berbeza dengan produk lain yang menggunakan tangki simpanan air, penapis air tanpa tangki LG PuriCare™ ini memastikan air yang kita minum akan ditapis hanya apabila ia diperlukan bagi mengelakkan sebarang pembiakan bakteria berlaku.
Design penapis air tanpa tangki LG PuriCare™ yang moden dan minimalist ini sesuai ditempatkan di ruangan kecil tanpa makan space dapur yang banyak. Nozzle air dan tempat letak cawan juga boleh diputarkan sehingga 180 darjah. Penapis air tanpa tangki LG PuriCare™ ini bukan sahaja didatangkan dengan 3 pilihan suhu air - suhu bilik, panas dan sejuk, malah suhu air panas juga ada 3 pilihan pada 40, 75 dan 85 darjah.
Apa yang penting kuasa elektrik yang digunakan juga rendah dengan penjimatan sebanyak 57% berbanding jenama penapis air di pasaran.
Jadi, kalau sebelum ni viral mesin masak ajaib, inilah masanya korang dapatkan pula penapis air tanpa tangki LG PuriCare™ sebab tengah ada promo raya LG tu. Korang boleh dapat RM20 potongan pada sewa bulanan untuk semua product LG PuriCare™. Jadinya anda hanya perlu bayar RM90 sewa bulanan untuk dapatkan penapis air tanpa tangki LG PuriCare™ yang didatangkan air suhu bilik, panas dan sejuk!
Untuk maklumat lanjut, korang boleh pergi ke laman web rasmi LG untuk melanggan LG PuriCare™.
Jadi tak kisahlah jenis air apa yang kita sediakan sekalipun, asalkan ia dapat menjamin kesihatan dan kegembiraan buat insan yang tersayang. Selamat Hari Raya kami di Oh! Media ucapkan!
Sumber: Oh! Media