Kopi merupakan minuman yang mempunyai rasa dan aroma yang menawan. Bahkan kerana sifatnya itu, kopi mempunyai penggemarnya tersendiri.Tapi tahukah korang bahawa fungsi kopi bukan sekadar minuman sahaja. Serbuk kopi yang tidak digunakan lagi mempunyai beberapa kebaikan yang boleh korang manfaatkan.
Menjadi scrub muka
|
Sumber gambar dari Skincare.com |
Dengan mencampurkan sedikit sahaja serbuk kopi yang tidak digunakan lagi dengan air atau minyak, serbuk kopi tadi telah berubah menjadi scrub muka yang mampu menyingkirkan sel-sel kulit mati pada wajah korang.
Hilangkan kutu pada haiwan peliharaan
|
Sumber gambar dari The Mercury News |
Setelah memandikan haiwan peliharaan korang dengan shampoo atau sabun. lumurkan serbuk kopi yang tidak lagi digunakan pada bulu haiwan berkenaan dan kemudian bilas dengan air bersih dan tunggu sampai kering. Ada yang mengatakan bahawa serbuk kopi juga mampu membuatkan bulu haiwan lebih halus.
Menyihatkan kulit kepala
|
Sumber gambar dari iDiva |
Selain boleh digunakan pada muka, korang juga boleh gunakan serbuk kopi berkenaan pada kulit kepala. Kerana serbuk kopi berkenaan dikatakan dapat menghilang dan mencegah berlakunya tompokokan sel kulit mati (kelemumur) yang menjadi punca kegatalan pada kulit kepada.
Galakkan pertumbuhan rambut
|
Sumber gambar dari Google |
Dipetik dari Kompas.com, beberapa kajian yang dijalankan membuktikan bahawa serbuk kopi mampu untuk menggalakkan pertumbuhan rambut. Ini kerana serbuk kopi mengandungi bahan kafein yang didakwa mampu merangsang pertumbahan rambut.
Menghilangkan lebam dibawah mata
|
Sumber gambar dari Boots |
Tanda penuaan dikatakan muncul dengan cepat dibawah mata, salah satunya warna hitam dibawah mata seakan lebam. Serbuk kopi dikatakan mampu untuk mengatasi masalah ini kerana selain mempunyai bahan kafein ia juga mempunyai bahan anti-oksidan.
Beberapa kaijan membuktikan produk kecantikan kulit mengandungi dua bahan berkenaan kerana dikatakan sangat ampuh untuk mencegah penuaan dan warna hitam dibawah mata.
OHMEDIA: FUNCTION JUGA SERBUK KOPI NI SEBENARNYA. SELALU LEPAS BANCUH KOPI TERUS JE BUANG SERBUK TU.
Sumber:
Kompas.com
+ Baca respon pembaca manfaat serbuk kopi di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media