"Itu Hasil Usaha Bapak Hang, Mak Hang, Tok Hang... Bukan Hang!" - Sharnaaz Ahmad Tempelak Isu Jakel


Semalam Ohmedia baru jer cerita tentang pelakon Adi Putra mengulas mengenai isu adik kepada pemilik gedung tekstil terbesar di Malaysia, Muzaffar Jakel memperlekehkan atau menyentuh sensitiviti orang Melayu. Kali ini giliran Sharnaaz Ahmad pula!


Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad atau lebih dikenali sebagai Sharnaaz Ahmad mengulas mengenai isu tersebut di saluran Youtube, Sharnaaz Ahmad Tv baru-baru ini. Dia meluahkan rasa kesal terhadap tindakan yang dibuat oleh Muzaffar kerana hanya merosakkan jenamanya sendiri yang dibina sejak turun-temurun.

Sorrylah brother benda yang dah cakap tak boleh tarik balik...Hadap ja lah nahh. Hang  kena hadap. Ni aku nak cakap dekat hang, sebab hang dah petik semua Melayu, semua Melayu kat Malaysia ni ada hak nak bercakap bila hang dah petik Melayu. Kekayaan yang hang ada hari ni bukan harta hang. Itu adalah hasil usaha bapak hang, mak hang, tok hang…Depa ni mai meniaga, usaha meniaga. Disebabkan hanglah, hang tengok apa dah jadi dengan hang punya legasi.

Sebab tu orang kata tak semestinya dalam satu legasi tu akan ada semua yang bagus. Mesti ada yang macam hang ni. Jangan disebabkan hanya punya mulut, Jakel jadi kedai mesin kuda. Netizen ni kalau dah terguris semua cerita mereka akan korek. Bulu ketika belah kiri hang ada berapa helai pun depa boleh tau. Bertaubatlah, tok sah duk tunjuk hang punya besaq kepala lah oi...

Tak ada sesiapa pun akan hormat kepada orang yang besar kepala. Contoh dah ada banyak dah.


Ohmedia cuma nak pesan atau memberi peringatan sikit dekat korang semua. Sebelum mengeluarkan kata-kata atau melakukan sesuatu yang orang tak suka, korang kena fikir kesannya dulu. Kalau tak, rakyat Malaysia akan cari dan kecam korang tau. Jaga-jaga!

OHMEDIA: SENDIRI BUAT SENDIRI TANGGUNG.

Sumber: Youtube

+ Baca respon pembaca beri pendapat di Facebook Oh! Media.







Sumber: Oh! Media