"Sudah jatuh ditimpa tangga", ini mungkin kata-kata yang sesuai diberikan kepada anggota polis yang menyebabkan kematian seorang bangsa kulit hitam iaitu George Floyd pada 25 Mei 2020 selepas isterinya dikatakan telah membuat fail penceraian.
Isteri kepada anggota polis Derek Chauvin yang kini dalam tahanan pihak polis mengatakan yang dia berasa terkesan dengan apa yang dilakukan suaminya sehingga menyebabkan kematian George dan memutuskan untuk berpisah selepas 10 tahun hidup bersama.
Rasa simpatinya buat George sekeluarga, dan insan-insan tersayang serta semua yang bersedih dengan tragedi itu. Walaupun Ms Chauvin tidak mempunyai anak dari perkahwinannya yang sekarang, dia meminta agar anak-anaknya, orang tua dan sanak-saudaranya diberi jaminan keselamatan dan privasi ketika waktu sukar ini. - Kata peguam isterinya.
Derek kini berhadapan pertuduhan membunuh tahap ketiga setelah video yang menunjukkan dirinya menindih seorang lelaki berkulit gelap tersebar di media sosial dan sehingga sekarang rusuhan masih berlaku bagi menuntut keadilan.
Kredit: NBC News
+ Baca respon pembaca yang ikuti kes George Floyd di Facebook Oh! Media.
Sumber: Oh! Media