Oleh : Amirullah / Adli
DUNGUN, 14 Mei- Seorang ibu, Munah Kassim, 66, terpaksa menanggung rindu apabila anak yang bekerja di ibu kota tidak dapat pulang seperti selalu kerana mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Namun begitu, dia akur dengan larangan rentas negeri dilaksanakan kerajaan itu bagi mengekang berlakunya penularan wabak COVID-19.
"Pada kebiasaan anak-anak makcik balik apabila tibanya Ramadhan dan hari raya, pada tahun ini terpaksa akur dengan norma baharu.
"Memang perasan rindu itu amat mendalam, tetapi makcik tahanlah, semoga Allah panjangkan umur makcik dapatlah bertemu lagi anak-anak makcik dimasa akan datang, tidaklah makcik pergi (meninggal) menahan perasaan rindu," ujarnya kepada pemberita selepas menerima sumbangan oleh pelaksana agihan bantuan, Skuad Kebajikan Ahli Parlimen Dungun.
Munah merupakan diantara 112 penerima sumbangan di Hulu Dungun.
Turut Serta dalam program agihan itu Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Ghazali Sulaiman.
Sumber: teganukita.net