Huawei baru saja melancarkan telefon pintar mampu milik mereka iaitu Huawei Y6p pada harga RM559 jer gais! Apa yang menariknya, model ini didatangkan dengan BIG screen, BIG battery dan BIG in style! Bateri sebesar 5,000mAh pada smartphone ini buatkan korang tak perlu risau apabila mengambil gambar atau merakam detik-detik indah untuk dijadikan kenangan.
Design yang cantik dan menonjol pada Y6p memang kena dengan OOTD apa sekali pun yang dipakai. Ia hadir dengan 3 pilihan warna yang sangat menarik iaitu Emerald Green, Phantom Purple dan Midnight Black. Skrin’nya sebesar 6.3 inci Dewdrop Display bersama 88.4% skrin ke badan pada Y6p ini akan memberikan pengalaman visual yang luas dan mendalam. Maknanya, korang boleh layan movie dan bermain game tanpa gangguan.
Untuk memastikan kenangan terindah disimpan dalam bentuk gambar dan video dengan mudah, Huawei Y6p ni dilengkapi dengan 13 megapixel pada kamera belakang termasuk lensa wide. Kamera hadapan pula hadir dengan 8 megapixel yang membolehkan panggilan video nampak lebih jelas di telefon kenalan korang tu.
Gambar diambil dengan Huawei Y6p |
Bukan tu jer, pengguna TikTok juga akan menjadikan pergerakkan dan aksi didalam video akan nampak lebih jelas. Disebabkan akan ada banyak gambar dan video disimpan, Y6p ini dibina dengan storan sebesar 64GB bersama 15GB cloud percuma selama 12 bulan.
Kini Huawei telah menawarkan lebih banyak aplikasi kegunaan harian semua pada AppGallery seperti Whatsapp, Maybank2u, TnG e-wallet, Facebook, Lazada, Astro Go dan banyak lagi. Semua aplikasi yang korang muat-turun di AppGallery ni lebih selamat dengan 4-layer pengesan bagi mencegah kecurian data peribadi, malware dan sebagainya. Korang juga boleh tebus banyak ganjaran dengan AppGallery ni tau.
Korang tak perlu risau sekiranya aplikasi yang korang nak tu tiada dalam AppGallery. Muat turun jer aplikasi FindApps sebab dia berfungsi sebagai hab bagi bantu dapatkan sumber yang tersedia untuk korang muat-turun aplikasi tersebut seperti Grab, Telegram, Facebook Lite dan sebagainya.
Sumber: Oh! Media