Honor 9X Lite Tiba Di Malayia Pada 27 Mei Ini!


Sebelum ini, Ohmedia ada kongsikan spesifikasi yang ditawarkan pada smartphone terbaru Honor dibawah siri 9X iaitu Honor 9X Lite yang bakal memasuki pasaran Malaysia. Baru-baru ini, Honor Malaysia ada berkongsi satu posting di akaun Facebook rasmi mereka dan mengesahkan yang smartphone tersebut akan dilancarkan pada 27 Mei ini gais.


BACA : Honor 9X Lite Bakal Memasuki Pasaran Malaysia

Sumber gambar dari Honor Malaysia

Ohmedia nak kongsikan serba sedikit spesifikasi yang ditawarkan sekali lagi kepada korang. Honor 9X Lite ini hadir dengan skrin 6.5 inci LCD FHD+ bersama cip pemprosesan Kirin 710. Bagi memori, smartphone ini hadir dengan 4GB RAM dan 128GB storan. Baterinya pula sebesar 3,750mAh.

Kamera belakangnya dilengkapi dengan dua lensa bersama 48 megapixel sensor utama dan kamera hadapan pula hadir dengan 8 megapixel. Bagi sesiapa yang berminat dengan spesifikasi yang ditawarkan Honor 9X Lite ini kena tunggu sehingga 27 Mei ini ya.

Sumber : Honor Malaysia

+ Baca respon pembaca Honor 9X Lite bakal dilancarkan pada 27 May ini di Facebook Oh! Media.
Sumber: Oh! Media