Gagal Rekod Data Pelanggan, Premis Berdepan Denda Dibawah Akta 709


Jabatan Perlindungan Data Peribadi (JPDP), Kementerian Komunikasi dan Multimedia menegaskan bahawa premis yang gagal mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan, termasuklah mengambil data peribadi pelanggan boleh dikenakan denda dibawah Akta 709.

Dibawah akta ini, mereka yang gagal mematuhi sepanjang PKPB ini boleh dikenakan dendan sehingga RM300, 000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun, atau kedua-duanya sekali. Jelas JPDP, pengumpulan data ini hendaklah dibuat berdasarkan keperluan minimum, misalnya nama dan nombor telefon sahaja.

Sumber gambar dari EdgeProp
Tambah JPDP lagi, premis perlu memastikan bahawa satu notis yang jelas mudah dilihat sebagai makluman bahawa data peribadi pelanggan dikumpul untuk tujuan SOP, tidak kira sama ada ia direkod secara digital atau manual.

OHMEDIA: TUDIA! SILA TAKE NOTE PENIAGA YANG BENARKAN PELANGGAN MEMASUKI PREMIS MEREKA. UNTUNG TAK SEBERAPA, DENDA PULA KENA BAYAR SAMPAI 300K.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca premis gagal rekod data pelanggan dikenakan denda di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media