Sebelum ini Ohmedia ada kongsikan penghijrahan penyayi lagu Ku Bersuara, Ernie Zakri untuk bertudung. Jelas Ernie, pelaksanaan PKP memberikannya ruang membuka pintu hati untuk berhijrah, kekuatan untuk bertudung setelah sekian lama memendam niat berkenaan.
Sumber gambar dari Remaja |
Dengan lebih jelas Ernie menceritakan bahawa gambar beliau tidak berhijab adalah dirakam pada bulan Februari, ketika Ernie belum mengambil keputusan untuk berhijab. Tambahnya ia berkaitan dengan kontrak dan perlu dilaksanakan walaupun sudah berhijab.
Sumber gambar dari Syazwan Rahman |
OHMEDIA: APA YANG OHMEDIA HARAPKAN AGAR ERNIE ZAKRI TERUS ISTIQOMAH DALAM MELAKUKAN PENGHIJRAHAN. MEMANG BESAR DUGAAN SESEORANG UNTUK KEMBALI KE JALAN ALLAH. PESAN OHMEDIA, DAPATKAN SOKONGAN MORAL DARI AHLI KELUARGA TERDEKAT AGAR ERNIE TERUS DIBERIKAN KEKUATAN UNTUK KEKAL BERHIJAB.
Sumber: Berita Harian
+ Baca respon pembaca Ernie Zakri perjelas bagaimana penghijrahan beri cabaran kepada dirinya di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media