Dr Noor Hisham 'Cuti', Tiada Sidang Media Perkembangan Terkini COVID-19 Hari Ini


Sejak penularan wabak pandemik COVID-19 ini berlaku, kita kerap melihat dengan kelibat seorang lelaki berjaket hitam yang dinanti-nantikan oleh rakyat Malaysia untuk mengetahui perkembangan terkini situasi pandemik COVID-19 di negara kita.

Seorang lelaki yang sanggup mengorbankan masa cuti dan istirehat selama lima bulan ini bagi memastikan penularan wabak pandemik ini dapat dibendung sepenuhnya bersama-sama dengan pasukannya. Lelaki berkenaan adalah Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham.


Kejayaannya Dr Noor Hisham serta warga KKM mengeluarkan garis panduan bagi langkah membendung penularan wabak pandemik ini adalah suatu yang diberikan pujian. Bagi menghargai penat lelah Dr Noor Hisham, Pejabat Perdana Menteri memberi cuti kepada beliau hari ini.

Menurut info dari Harian Metro, sidang media KKM bagi perkembangan terkini COVID-19 hari ini dibatalkan. Namun perkembangan terbaru akan juga dimaklumkan pada pukul 4:30 petang ini.

OHMEDIA: BELIAU PUN MANUSIA, PERLU BEREHAT, ADA KELUARGA YANG INGIN DILUANGKAN MASA BERSAMA. SEMOGA DR NOOR HISHAM DIBERI KESIHATAN DAN DIPERMUDAHKAN SEGALA URUSAN LEBIH-LEBIH LAGI DALAM MENGEKANG PENULARAN WABAK PANDEMIK COVID-19 INI.

Sumber: Harian Metro

+ Baca respon pembaca Dr Noor Hisham Cuti, tiada sidang media perkembangan terkini di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media