Daun Dan Buah Belimbing Besi Mampu Untuk Merawat Beberapa Penyakit


Mungkin buah belimbing besi jarang dijadikan sebagai pencuci mulut berbanding buah-buahan lain seperti mangga, epal dan anggur. Namun tidak semua tahu bahawa buah belimbing besi mengandungi khasiat untuk kesihatan. Oleh yang demikian, Ohmedia nak kongsi dekat korang manfaat dan kebaikan yang ada pada belimbing besi.

Demam


Jika korang sudah mula mengalami demam, korang digalakkan untuk berjumpa doktor bagi mendapatkan rawatan. Namun terdapat juga alternatif lain untuk menyembuhkan demam korang. Caranya dengan menggunakan daun belimbing besi kerana ia boleh meredakan demam yang panas.


Buah Pinggang


Siapa sahaja yang tidak takut jika terkena penyakit buah pinggang kerana kesannya begitu menyakitkan dan menyebabkan pesakit perlu ke klinik atau hospital untuk mencuci pinggang pada setiap minggu. Justeru itu, kepada sesiapa yang mengalami sakit pundi kencing dan buah pinggang boleh mengamalkan makan buah belimbing besi bagi mengurangkan rasa sakit tersebut.

Muntah


Jika korang kerap mengalami muntah sebaiknya pergi ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Selain itu, korang juga boleh menggunakan cara tradisional iaitu minum air rebusan daun belimbing besi untuk meredakan muntah tersebut.

Kulit


Tidak kira kanak-kanak, remaja atau orang dewasa pasti ada segelintir antara mereka sedang menghadapi masalah penyakit kulit dan kurap. Selain daripada ubat-ubatan yang mereka sedang gunakan untuk mengubati penyakit ini terdapat juga cara lain untuk merawat penyakit kulit tersebut. Caranya masukkan pucuk dan daun belimbing ke dalam pengisar sehingga hancur . Kemudian sapukan pada kulit yang mengalami masalah.

Sakit Kepala


Jika kita mengalami sakit kepala pasti kita akan makan panadol untuk menghilangkan rasa sakit tersebut. Walaubagaimanapun, terdapat petua dari orang lama untuk menghilangkan sakit kepala melalui daun belimbing besi. Caranya ramas berapa helai daun belimbing besi sehingga hancur dan sapukan pada dahi.

OHMEDIA : SEMOGA MANFAAT YANG ADA PADA BELIMBING BESI MAMPU UNTUK MEMULIHKAN PENYAKIT YANG SEDANG KORANG ALAMI

+Baca respon pembaca daun dan buah belimbing besi mampu untuk merawat beberapa penyakit di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media