Buat Penat Je Korang Hias Rumah Untuk Raya Tapi Tak Ikut Tip Hiasan Ini!


Memandangkan kita punya 10 hari lagi untuk menyambut hari raya, pasti ada diantara korang yang dah mula mencongak-congak untuk memikirkan macam mana nak hias rumah nanti kan? RIlek, meskipun PKPB sedang dilaksanakan, bukanlah halangan untuk korang wujudkan suasana raya dirumah korang nanti. Oleh yang demikian, ini antara tip yang korang boleh gunakan untuk hiasan rumah korang.

Cat rumah dengan warna yang sesuai dengan mood dan emosi

Sumber gambar dari YouTube
Kalau korang nak cat rumah, paling penting adalah pemilihan warna yang korang nak. Kerana warna yang dipilih akan memberi kesan kepada emosi dan mood, misalnya memberi tenaga atau memenangkan minda. Contohnya, warna biru muda dan putih mampu menjadikan ruangan bilik atau ruang tamu korang lebih sejuk dan menenangkan selain membuatkan ruangan berkenaan nampak lebih luas.

Pilih perabot yang betul

Sumber gambar dari Dining Table
Kalau korang merancang untuk membeli perbaot baru, korng kena pastikan perabot yang dibeli reka bentuknya seiring dengan perancangan korang. Yang paling penting, korang kena buat kiraan dengan mengukur setiap sudut ruang tamu sebelum membuat pembelian. Jangan longgokkan perabot terlalu banyak jika korang mempunyai ruang tamu yang kecil.

Cari titik fokus

Sumber gambar dari Architectural Design
Tip ini tujuannya untuk menjadikan sesuatu ruang berkenaan menjadi fokus mata saat korang memasuki ruangan berkenaan. Korang boleh mulakan dengan memilih frame gambar yang besar atau sofa yang lebih striking warnannya .

Seimbangkan antara fungsi dan cantik

Sumber gambar dari Freshome.com
Senang cerita, kalau korang nak beli perabot pastikan bukan hanya cantik yang dititik beratkan, fikirkan sekali fungsinya. Contohnya kalau korang mempunyai ahli keluarga seramai 4 orang, elakkan dari beli kerusi untuk 2 tempat duduk.

Titikberatkan pencahayaan

Sumber gambar dari LRC MHC
Tak dnaifkan bahawa sukar untuk mendapatkan pencahayaan yang baik sekaligus memastikan ruangan anda nampak cantik. Oleh yang demikian, jika ruangan berkenaan mempunyai sumber pencahayaan yang baik, korang boleh kurangkan bilangan lampu yang ingin digunakan.

Hiasan lantai yang selesa

Sumber gambar dari Overstock.com
Selain dari tip pencahayaan tadi, hiasan lantai seperti permaidani, tikar ataupun karpet perlu diambil kira kerana hiasan lantai berkenaan mestilah nampak semulajadi dan mampu membangkitkan nilai ketenangan dan estetik.

OHMEDIA: DAH BOLEH KOT TRY ALIH PERABOT RUMAH KORANG UNTUK SUSUN ATUR YANG BARU ATAU PUN BELI PERABOT BARU. KEDAI TUTUP? ONLINE JE, KAN SENANG.

Sumber: Voize.my

+ Baca respon pembaca tip menghiasa rumah sempena raya di Facebook Oh! Media



Sumber: Oh! Media