Bayern Pastikan Dortmund Terciduk Untuk Kekal Sebagai Pendahulu Liga


Saingan Bundesliga semalam menyaksikan pertembungan dua pasukan gergasi jerman iaitu Borussia Dortmund dan Bayern Munich. Perlawanan yang berlangsung tanpa penyokong di Signal Iduna Park menyaksikan tuan rumah Dortmund tewas tipis 1-0 di tangan Bayern.


Tuan rumah bermula garang sejurus perlawanan bermula dan mempunyai peluang untuk menjaringkan gol pembukaan menerusi rembatan leret dari Erling Haaland pada minit pertama. Walaubagaimanapun bola tersebut berjaya dikeluarkan oleh boateng yang ketika itu berada di garisan gol. Tersentak dengan percubaan itu, bayern mula mengatur beberapa serangan dan hasilnya Serge Gnabry dan Kingsley Coman berjaya menguji gawang Dortmund menerusi percubaan pada minit ke-19 dan 24.


Bayern akhirnya berjaya membuka tirai jaringan pada minit ke-43 menerusi sepakan lambung dari luar kotak penalti yang dilakukan oleh Joshua Kimmich. Bersambung separuh masa kedua, Bayern terus melakukan asakan dan pemain berpengalaman Thomas Muller hampir untuk menambah jaringan kedua pelawat pada minit ke-54 namun sepakan beliau berjaya ditepis Roman Burki. Keputusan 1-0 kekal sehingga wisel penamat dan menyaksikan Bayern  berada 7 mata di hadapan Dortmund untuk kekal sebagai pendahulu liga.

OHMEDIA : HASRAT DORTMUND UNTUK MERAPATKAN JURANG MATA  KE ATAS BAYERN TIDAK KESAMPAIAN

+Baca respon pembaca Bayern pastikan Dortmund terciduk untuk kekal sebagai pendahulu Bundesliga di Facebook Oh! Media



Sumber: Oh! Media