Bau Makanan Melekat Pada Tangan? Guna Beberapa Bahan Ini Untuk Menghilangkannya


Ramai antara kita lebih gemar untuk menggunakan makanan berbanding sudu ketika makan di rumah. Kadangkala apa yang kita makan baunya akan melekat pada tangan walaupun sudah dicuci banyak kali. Oleh yang demikian, Ohmedia nak kongsi dekat korang cara untuk menghilangkan bau yang melekat pada tangan.


Antaranya, korang cuma perlu menggunakan limau nipis dan gosok pada tangan yang berbau. Selepas itu basuh tangan dengan air yang bersih. Hasilnya akan membuatkan bau tersebut hilang. Selain itu, korang juga boleh menggunakan gula kerana ia mampu untuk menghilangkan bau serta melembutkan tangan. Caranya gosok gula pada tapak tangan selama beberapa minit dan basuh menggunakan air yang bersih.


Seterusnya, korang juga boleh menggunakan daun selasih untuk menghilangkan bau tersebut. Caranya ambil beberapa helai daun selasih dan gosok pada tapak tangan serta jari. Selepas itu basuh dengan air sehingga bersih. Akhir sekali korang boleh menggunakan cuka kerana bahan ini boleh menghilangkan bau makanan. Ambil 2 sudu cuka dan gosok pada tangan. Kemudian basuh tangan menggunakan sabun.

OHMEDIA : SEMOGA BEBERAPA BAHAN INI DAPAT MEMBANTU KORANG UNTUK MENGHILANGKAN MAKAN DI TANGAN

+Baca respon pembaca bau makanan melekat pada tangan? guna beberapa bahan ini untuk menghilangkannya di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media