Babacar Diallo mahu penyokong Terengganu FC tersenyum



Pemain pertahanan Terengganu, Babacar Diallo ingin memberikan senyuman kepada penyokong pasukannya sebaik saja saingan CIMB Liga Super 2020 disambung semula.

Menurut laporan The Star, pemain asing itu menyedari sesuatu perlu dilakukan dalam usaha mengembalikan musim Terengganu yang agak goyah sebelum ini sebelum liga ditangguhkan kerana wabak Covid-19.

Dek kerana itu, saingan liga bola sepak kebangsaan akan dipendekkan menjadi satu pusingan sahaja dan ini memerlukan Terengganu untuk memberi respon pantas untuk bangkit.

“Dalam setiap waktu yang sukar, pasti akan ada kesenangan dan itulah yang saya cuba pelajari sekarang.”

“Liga kini menjadi lebih pendek dan semua orang akan melaluinya.”

Apa yang dikatakan oleh Diallo itu ada asasnya, hal ini kerana penyokong Terengganu disajikan dengan persembahan kelas pertama yang pra-matang diatas padang.

Hal ini disebabkan, barisan serangan menjaringkan lapan gol tetapi pertahanan Terengganu memboloskan sembilan gol dalam tiga perlawanan dan ini menjadikan mereka hanya mengutip empat mata sahaja.

Kebocoran pertahanan Terengganu membayangi taktikal menyerang mereka yang cukup menarik untuk disaksikan. Dengan saingan liga yang semakin pendek, mereka jelas tidak boleh untuk melepaskan lebih banyak mata.

“Rakan-rakan sepasukan saya semuanya adalah pemenang, kami semua bekerja sangat keras.”

“Kami mensasarkan untuk menuju ke arah yang sama iaitu membawa Terengganu setinggi yang boleh.”