Asus The Ultimate Force atau lebih mesra dengan panggilan Asus TUF adalah model komputer riba gaming yang semakin meningkat naik dan menjadi kegilaan gamers di luar sana. Banyak lagi komputer riba gaming yang gempak-gempak selain Asus TUF ni, tapi harga dan juga spesifikasi yang ditawarkan pada Asus TUF ini agak berbaloi dan tidaklah begitu mahal kalau nak dibandingkan dengan yang lain-lain tu.
Ohmedia ada berita baik untuk peminat Asus TUF ni sebab Asus Malaysia baru saja memperkenalkan dua model terbaru komputer riba gaming mereka dibawah siri TUF iaitu Asus TUF A15 dan TUF A17 semalam. Dengan nombor yang tertera, bermakna TUF A15 akan didatangkan dengan skrin 15 inci dan A17 hadir dengan 17 inci. Kedua-dua komputer riba ini ber-resolusi Full HD bersama 144Hz refresh rate yang membuatkan korang berasa smooth jer bila main game nanti. Kesemua model Asus TUF terbaru ini akan dilengkapi dengan RAM sebesar 16GB DDR4 dan 1TB SSD NVMe bagi storan.
Terdapat tiga pilihan CPU AMD Ryzen 4000 ditawarkan dan korang boleh pilih sama ada mahukan pemprosesan AMD Ryzen 5 4,600H, AMD Ryzen 4,800H ataupun AMD Ryzen 9 4,900H. Dah pilih CPU, korang juga diberi pilihan untuk memilih cip grafik pula sama ada inginkan NVIDIA GeForce RTX 2060, NVIDIA GeForce GTX 1660Ti, NVIDIA GeForce GTX 160 Ti ataupun NVIDIA GeForce GTX 1650 gais. Fuhh! Dah macam komputer riba custom made gais.
Sekiranya berminat, korang dah boleh dapatkannya sebab Asus Malayisa telah mengumumkan yang Asus TUF A17 dan TUF A15 ini sudahpun dijual di pasaran tempatan. Untuk spesifikasi yang paling rendah ditawarkan pada TUF A15 akan dijual pada harga RM3,499 dan untuk spesifikasi paling rendah bagi TUF A17 pula, dijual pada harga RM4,299.
Kompenan-kompenan dalaman seperti storan dan memori tu bila-bila masa jer korang boleh upgrade pada masa akan datang jika perlu nanti. Untuk binaan yang lebih tegap dan nampak garang pada komputer riba gaming ini, Asus TUF A15 dan TUF A17 telah diperbuat daripada aluminium bagi rangka dalaman dan luaran.
Sumber : Asus Malaysia
+ Baca respon pembaca peminat komputer riba gaming Asus di Facebook Oh! Media.
Sumber: Oh! Media