Pelakon, Datin Almy Nadia dipercayai mengalami pendarahan pada rahim sejak beberapa hari yang lalu. Suami kepada pelakon, Fizz Fairuz mengatakan bahawa terdapat darah beku yang kelihatan seperti ulser pada rahim Almy dan saiznya membesar 1 sentimeter pada setiap hari.
Dua hari sebelum raya, Almy mula mengalami pendarahan pada rahim. Malam tu juga kami telefon doktor dan bertanya tentang pendarahan tersebut. Doktor kata kalau darah keluar lebih banyak, terus maklumkan padanya. Keesokan harinya saya bawa Almy ke hospital dan buat pemeriksaan. Ada darah beku pada rahim Almu seperti ulser. Hari pertama darah beku tu hanya berukuran 1cm, hari ketiga ia membesar kepada 3cm hingga 6cm semalam. -kata Fizz Fairuz
Semalam dia mengalami sakit yang teramat sangat sampai muka dia pucat. Almy pun langsung tak dapat tidur, sakit sangat macam orang nak beranak. Jadi, doktor ambil keputusan untuk buat pembedahan dan keluarkan darah beku tersebut dan cuci rahim kerana darah sudah terlalu banyak keluar. -katanya lagi
Fizz Fairuz berkata punca pendarahan itu berlaku kerana Almy hamil empat minggu tetapi perkara itu masih tidak dapat disahkan oleh pihak hospital sama ada darah beku itu terjadi akibat kehamilan atau ia hanya darah beku yang berada dalam kantung bayi.
Punca pendarahan itu kemungkinan daripada kantung bayi. Almy berkemungkinan hamil empat minggu. Tapi, kami masih tak dapat pastikan punca sebenarnya kerana kemungkinan darah beku itu terjadi akibat kehamilan atau ia hanya darah beku yang berada dalam kantung bayi. Rezeki tu mana-mana pun ada. Kalau Allah nak bagi, cepat atau lambat kita tetap akan dapat tapi nyawa Allah bagi sekali saja jadi kami ambil keputusan untuk gugurkan sahaja kandungan itu dan selamatkan nyawa isteri saya. Sebelum rahim itu dicuci, staf perubatan cakap dalam kantung itu dah kosong, sebelum ni ada kelihatan ketulan seperti kandungan. Mungkin semalam bila dah sakit sangat, benda itu dah keluar jadi kemungkinan gugurlah kandungan itu. -kata Fizz Fairuz
Tak apalah, Fizz Fairuz dan Almy Nadia. Mungkin kali ini tak ada rezeki kan? Apapun, Ohmedia doakan agar Almy diberi kesembuhan secepatnya. InsyaAllah, Amin.
OHMEDIA: GET WELL SOON, ALMY NADIA!
Sumber: mStar
+ Baca respon pembaca berikan kata-kata semangat kepada Almy Nadia di Facebook Oh! Media.
Sumber: Oh! Media