Mesti korang masih ingat dekat pelakon Syanie Hisham yang dahulunya sangat bercita-cita untuk menjadi lebih sihat dengan mengecilkan tubuhnya. Syanie yang kini berusia 46 tahun bagaimanapun baru sahaja selesai menjalani pembedahan membuang rahim dan kedua-dua ovari.
Alhamdulillah, saya selamat menjalani pembedahan buang rahim dan ovari. Pembedahan yang disangka mengambil masa tiga jam, tapi selesai selama tujuh jam. Memandangkan hanya adik saya saja yang boleh teman di hospital dan diminta tunggu di wad, jadi seluruh keluarga amat risau dengan keadaan saya. - Kata Syanie.
Syanie juga memaklumkan yang sewaktu pembedahan, telah berlaku komplikasi seperti darah tak cukup dan ovari bernanah. Sebelum ini Syanie pernah melakukan pembedahan membuang nanah di ovari sebelah kanan sebanyak 1 liter dan dia terpanggil untuk membuat pemeriksaan semula selepas mengalami senggugut teruk dan demam panas.
Proses pembedahan kali ini amat berbeza dan menakutkan, walaupun saya sudah beberapa kali menjalani pembedahan. Keadaan saiz saya dan faktor usia yang sudah meningkat membuatkan jadi lebih takut. Saya akui pernah terfikir mengapa semua ini berlaku kepada saya, tetapi menganggap apa yang berlaku ini sudah ditentukan oleh Allah. - Kata Syanie lagi.
Semoga kak Syanie terus kuat menghadapi ujian dan cepat sembuh dari penyakit yang dialami.
+ Baca respon pembaca yang minat dengan lakonan Syanie di Facebook Oh! Media.
Sumber: Oh! Media