5 Tip Elak Rendang Cepat Basi Menjelang Hari Raya


Rendang merupakan antara makanan yang wajib ada menjelang hari raya. Mesti mak ataupun isteri korang dah mula sibuk sehari sebelum raya dekat dapur untuk menyediakan rendang dengan jumlah yang banyak kan?

Pernah tak baru masak rendang semalam, tiba-tiba harini dah basi? Nak masak rendang tu bukannya sekejap gais! Ohmedia ada beberapa tip untuk elakkan rendang korang supaya tidak cepat basi dan tahan lebih lama.

Penggunaan santan yang berkualiti


Ini yang paling penting, sebab makanan yang cepat basi selalunya mengandungi santan. Jadi, korang kenalah pilih santan yang betul-betul berkualiti untuk menjadikan rendang korang tu tahan lama sekaligus lebih sedap rasanya untuk di makan.

Masak sampai kering


Korang perlu masak rendang tu sampailah dia nampak kering sebab masakan yang mempunyai kandungan air ni membuatkan ia cepat basi. Masak sampai kering ni mengambil masa yang agak lama, tetapi daging yang korang masak tu akan jadi lembut gais!

Elakkan wap air terkumpul


Selepas masak tu, jangan pula korang terus tutup rendang tersebut sebab wap air akan terkumpul dan membolehkan air tu jatuh ke masakkan korang. Bukan rendang jer, tapi untuk makanan lain pun sama gais.

Goreng daging separuh masak


Korang perlu goreng daging sehingga separuh masak terlebih dahulu untuk keringkan air daging tersebut. Rendang akan lambat basi apabila air daging tersebut kering.

Simpan rendang di bekas yang kering


Sebelum masukkan rendang tu ke dalam sesuatu bekas, korang perlu lap bekas tersebut dan pastikan ia betul-betul kering. Bukan bekas saja, perkakas untuk menceduk rendang seperti sudu dan senduk juga perlu dalam keadaan yang kering bagi memastikan rendang tersebut tahan lama gais!

Sumber : Kisah Dunia

+ Baca respon pembaca tip elak rendang cepat basi di Facebook Oh! Media.




Sumber: Oh! Media