Suami kepada pelakon terkenal, Rozita Che Wan iaitu Zain Saidin yang merupakan seorang usahawan dan juga pelakon berkongsi di laman Instagram miliknya yang memaparkan permohonan supaya mereka yang ingkar dengan Perintah Kawalan Pergerakan diberi kebenaran supaya polis dan juga askar merotan individu tersebut.
Zain juga meminta jasa baik semua untuk berkongsikan perkongsian dan cadangannya itu supaya kerajaan membenarkan polis dan juga askar menggunakan kekerasan bagi mengawal negara dan juga mengatakan yang rakyat sudah tidak sanggup PKP berlanjutan disebabkan mereka-mereka yang degil dan tidak mahu mengikut arahan kerajaan untuk kebaikkan rakyat Malaysia dan juga ketenteraman negara kita.
Zain juga meluahkan yang semua rakyat Malasyia sudah berbelas hari tidak bekerja dan ada tanggungjawab yang perlu diselesaikan. Dia juga menulis agar kasihanilah kepada rakyat yang mendengar dan patuh kepada PKP dan jangan kasihankan mereka diluar sana yang berdegil. Zain juga sanggup untuk menerima undang-undang sedemikian untuk kerajaan mengambil satu langkah pencegahan.
+ Baca respon pembaca cadangan Zain Saidin di Facebook Oh! Media.
Sumber: Oh! Media