Apa kes pula ni? Rasanya mesti ramai yang sudah tahu apa yang terjadi kepada Facebook group Masak Apa Tak Jadi Hari Ni apabila ada seorang pengguna facebook telah melakukan laporan polis selepas gambar masakannya yang dikongsikan di group berkenaan menerima kecaman dari beberapa orang pengguna Facebook yang lain.
Laporan polis itu viral dan ia sedikit sebanyak menjejaskan nama group terbabit.
Saya telah melihat 1 pos berkaitan masakan saya group masak apa tak jadi hari ni official dan ada da pemilik akaun telah menghina masakan saya. Mereka seolah-olah tidak puas hati dan komen yang bukan-bukan tentang masakan saya. Siap ada gambar babi dan sebagainya. Komen mereka seperti tidak puas hati dengan masakan saya. Tujuan saya buat laporan polis adalah untuk mereka memohon maaf secara terbuka dan untuk rujukan pihak berkenaan - Katanya dalam laporan.
Siapa tidak terasa bila masakan yang kita berniat untuk berkongsi menerima kecaman orang lain. Tetapi adakah tindakan wanita ini tepat?
Nampaknya, tindakannya kurang dipersetujui oleh kebanyakan netizen yang melihat kita tidak sepatutnya membebankan polis dengan kes yang kecil di saat pihak polis sedang kerja kuat di saat PKP.
Mohon sesiapa ada menghina atau berkata kesat, report pada admind group, bukan pihak polis. Mereka banyak kerja yang perlu diselesaikan. Tolong jangan bebani pihak berkuasa dengan masalah remeh-temeh dan tolong kalau takut dilambung ombak jangab berumah di tepi pantai. Mohon semua jaga tutur kata bagi mengelak group kita bersama jadi menjadi kecaman netizen dan group page lain. - Tegas salah seorang ahli group berkenaan.
Bagi kami di Ohmedia, tidak kiralah apa group yang kita sertai, jagalah adab dan berkongsilah demi kebaikkan bersama. Jangan hanya ingin mengejar like dan populariti semata-mata kerana ia tidak akan mendatangkan apa-apa kebaikan.
+ Baca respon pembaca yang masuk dalam group ini di Facebook Oh! Media.
Sumber: Oh! Media