Siapa sangka pengacara jelita, Nana Mahazan pernah memasuki program realiti Akademi Fantasia (AF) suatu ketika dahulu pada tahun 2003 berusia 19 tahun? Fuh, Ohmedia pun baru tahu tau! Baru-baru ini, beliau berkongsi kisah perjalanannya memasuki industri seni di Instagramnya, @nanamahazan.
AF story. Part 1. PART 1 - Ada yang minta saya cerita masa zaman AF. Saya masuk AF musim pertama pada tahun 2003 masa tu saya 19 tahun nak masuk 20..Dah masuk 17 tahun dah dari AF sampai sekarang..Saya bersyukur alhamdulillah atas segala rezeki, kepercayaan, kematangan dan peluang untuk masih lagi boleh memberi manfaat pada semua (kalau tak semua pun saya tetap bersyukur)..Di kesempatan ini saya nak ucapkan terima kasih pada Astro, team production, tenaga pengajar, yang sokong saya, yang caci saya, semua lah yang secara langsung atau tidak yang menjadikan saya, saya..AF di hati..next nak cerita apa pulak? Zaman Era? Hahahaha..Sila tengok Part 2 ok..Oh lupa..masak Udang masak lemak tempoyak #selauknana versi #nanamanusiagigih
Tak apalah, Nana. Sekarang Nana sudah membuktikan yang awak sudah berjaya dalam industri seni. Alhamdulillah, masing-masing ada rezekinya tersendiri. Apapun, Ohmedia doakan agar Nana terus maju jaya dalam industri seni ya. InsyaAllah, Amin.
OHMEDIA: MAKIN CANTIK NANA SEKARANG KAN!
Sumber: Instagram
+ Baca respon pembaca minat Nana Mahazan di Facebook Oh! Media.
Sumber: Oh! Media