Ohmedia masih ingat lagi apabila negara kita mula mengesan kluster pertama COVID-19 yang datang dari jemaah Tabligh, ramai pihak yang mengecam, mengeji dan menyalahkan mereka sebagai degil. Ada yang mengatakan mereka juga punca kepada wabak ini. Ini merupakan satu tuduhan yang tidak sepatutnya diberikan. Bagi Ohmedia, jika kluster itu datang dari penonton bola sepak di stadium bola misalnya, korang rasa apa pula yang akan terjadi selepas itu? Fikirkanlah.
Bagaimanapun, Ohmedia tertarik dengan perkongsian dari pengguna Facebook yang menunjukkan suasana kakitangan di Hospital Samutprakarn Thailand yang berbaris di sepanjang laluan keluar hospital semata-mata ingin memberikan tepukan kepada jemaah tabligh yang selesai menjalani rawatan dan kuarantin di sana.
Video ini menjadi viral setelah ia menyentuh hati orang ramai yang melihat doktor dan jururawat berbaris, menepuk tangan dan memberikan lambaian selamat tinggal kepada jemaah tabligh yang dibenarkan keluar daripada wad.
Ada juga petugas hospital yang mengiringi mereka dengan membantu mengangkat barang mereka menuju ke bas yang telah disediakan.
Perkara ini sama seperti apa yang berlaku di Malaysia apabila petugas barisan hadapan negara mengakui bahawa mereka rindu dengan pesakit dari jluster jemaah tabligh yang menunjukkan sikap yang baik dan akhlak yang tinggi. Apa yang penting, mereka memberikan kerjasama dan tidak pernah mengeluh! Sepanjang dikuarantin juga, mereka selalu berzikir dan membaca al-Quran untuk menenangkan hati.
Inilah contoh yang terbaik yang patut kita ambil dan elakkan menjadi seperti kluster kayangan yang hanya hidup dalam 'circle' mereka sahaja. Tidak memikirkan orang lain dan hanya memikirkan kesenangan mereka. Sentiasa bersyukur dan sabar dengan apa yang berlaku. #KitaJagaKita
Sumber: Oh! Media