Tok Hattan Turun Padang, Jelas Cabaran Bantu Artis Yang Kesempitan Hidup


Jika sebelum ini videonya popular kerana mengecam mereka yang mengingkari Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kali ini penyanyi yang terkenal dengan lagu Memburu RIndu, Dato Hattan turun padang sendiri mengagihkan bantuan kepada golongan seni yang terputus punca rezeki sejak pelaksanaan PKP.

Jelas beliau, beliau mengambil keputusan berkenaan setelah tersentuh dengan melihat keadaan golongan seni yang sudah lama tiada kerja akibat PKP, lebih-lebih lagi apabila melihat nasib golongan artis veteran dimana ada dikalangan mereka sudah uzur dan golongan berkenaan tidak dibayar setimpal dengan kerja yang dilakukan.

Sumber gambar dari Berita Harian
Dato Hattan menjelaskan bahawa saringan senarai penerima tanpa mengira latar belakang seni mereka dilakukan bagi memastikan sumbangan yang ingin diagihkan dapat diberi kepada individu yang benar-benar memerlukan. Sumbangan berkenaan disampaikan olehnya setelah diamanahkan oleh individu berstatus VVIP.

Beliau menceritakan bagaimana beliau dan pasukan terpaksa bergantung pada keadaan cuaca dalam mengagihkan bantuan kerana bahan sumbangan diletakkan dibahagian belakang kenderaan pacuan 4 roda, jika hujan barangan terpaksa diganti yang baru kerana rosak. Faktor lokasi juga cabaran besar yg terpaksa diharungi oleh beliau.

OHMEDIA: SEMOGA SEGALA URUSAN TOK DIPERMUDAHKAN DALAM MERINGANKAN BEBAN MEREKA DAMAGE AKIBAT PKP KHUSUSNYA GOLONGAN SENI.

Sumber: Berita Harian

+ Baca respon pembaca Tok Hattan turun padang, jelas cabaran bantu artis veteran yang kesempitan hidup di Facebook Oh! Media





Sumber: Oh! Media