Tips Untuk Hilangkan Rasa Lenguh Di Kaki


Jika kita berdiri atau berjalan terlalu lama pasti akan mengalami masalah lenguh di kaki. Kebiasaannya kita akan urut di bahagian yang lenguh menggunakan minyak angin dengan harapan rasa lenguh tersebut akan hilang.

Namun tidak semua tahu dengan hanya melakukan beberapa senaman ringan mampu untuk menghilangkan rasa sakit dan lenguh di kaki antaranya,


1. Jengketkan Kaki

Jengketkan kaki sambil berjalan selama 5 hingga 15 minit dan korang tengok hasilnya selepas itu.


2. Pusingkan Pergelangan Kaki

Korang hanya perlu lakukan sebanyak 10 pusingan ke kiri dan 10 pusingan ke kanan. Dengan melakukan aktiviti ini, rasa lenguh akan berkurangan.


3. Meletakkan bola di tapak kaki

Korang hanya perlu duduk di atas kerusi dan letakkan bola yang saiznya seperti bola tenis di tapak kaki. Lalu urut tapak kaki menggunakan bola tersebut.

OHMEDIA : MUDAH KAN? SEMOGA TIPS INI BERMANFAAT UNTUK KORANG YANG KERAP MENGALAMI LENGUH DI KAKI

+ Baca respon pembaca Tips untuk hilangkan rasa lenguh di kaki di Facebook Oh! Media



Sumber: Oh! Media