Tips Untuk Hilangkan Calar Pada Cermin Mata


Kebiasaannya orang yang mengalami calar pada cermin mata akan menyelesaikan masalah tersebut dengan membeli cermin mata baru. Namun tidak ramai yang tahu tips untuk hilangkan calar pada cermin mata. Antara cara yang boleh digunakan untuk hilangkan calar pada cermin mata adalah menggunakan ubat gigi. Ambil sedikit ubat gigi menggunakan jari dan gosok pada bahagian yang calar. Jika calar terlalu dalam, korang perlu gosok 3 hingga 4 kali.


Selain itu, jika cermin mata korang hanya mengalami calar yang kecil dan cara untuk menghilangkannya adalah dengan menggunakan Baking Soda dan Cuka. Campurkan satu sudu baking soda dan satu sudu teh cuka. Lalu gaul campuran ini dan gosok pada bahagian yang mengalami calar kecil tersebut. Selepas itu bersihkan dengan air dan lap menggunakan tisu.


Seterusnya korang juga boleh menggunakan pencuci pinggan kerana ianya mampu untuk menghilangkan kotoran dan mengurangkan calar di cermin mata. Caranya gosok bahagian yang bercalar guna cecair pencuci pinggan dan bilas dengan air serta lap menggunakan tisu.

OHMEDIA : SEMOGA TIPS INI SEDIKIT SEBANYAK DAPAT MEMBANTU KORANG UNTUK MENGHILANGKAN CALAR PADA CERMIN MATA

+ Baca respon pembaca cara untuk hilangkan calar pada cermin mata di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media