Tips Untuk Hilangkan Batuk


Batuk adalah penyakit yang biasa dialami oleh semua orang semenjak mereka masih bayi lagi. Jika korang mengalaminya, pasti akan rasa tidak selesa dan terus ke klinik untuk mendapatkan ubat dari doktor. Namun tidak ramai yang tahu terdapat pelbagai cara untuk memulihkan batuk. Di bawah ini Ohmedia nak kongsi dekat korang 3 tips untuk hilangkan batuk.


1. Asam Jawa

Untuk pengetahuan korang, Rasa masam yang ada pada Asam Jawa boleh menghilangkan rasa batuk. Cara untuk menggunakannya ialah ambil beberapa asam jawa yang bijinya telah dibuang. kemudian masukkan ke dalam gelas yang berisi air panas, kacau sehingga sebati dan minum. Korang boleh tambah sedikit gula jika rasanya terlalu masam.


2. Limau Nipis

Walaupun limau nipis ini merupakan kategori buah yang agak masam, namun buah ini sangat bagus digunakan untuk hilangkan batuk. Caranya ambil sebiji buah limau nipis dan belah dua. Kemudian perah air limau tersebut dalam gelas yang berisi air panas dan tambah sedikit madu untuk menghilangkan rasa masamnya.


3. Teh Halia

Walaupun ianya pahit. Teh Halia mampu untuk menghilangkan batuk jika korang minum 2 kali sehari ketika berhadapan dengan penyakit tersebut. Potong halia secara nipis dan masukkan ke dalam teh panas yang tidak mempunyai gula. Korang boleh letak sedikit madu untuk kurangkan rasa pahitnya.

OHMEDIA : SEMOGA TIPS YANG OHMEDIA KONGSI INI DAPAT MEMBANTU KORANG UNTUK MENGHILANGKAN BATUK

+ Baca respon pembaca Tips untuk hilangkan batuk di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media