"Saya yakin bahawa apa yang saya buat telahpun diiktiraf dunia, Datuk Seri. Saya telah buat video conferencing dengan WHO, 500 negara eh, saya live," katanya memetik laporan dari MalaysiaKini.
Dr Adham Baba dipercayai tersasul ketika berkata demikian, sedangkan hanya ada 195 negara di seluruh dunia.
Di media sosial, netizen meluahkan reaksi masing-masing sehingga nama Dr Adham Baba menjadi trending di Twitter sejak semalam.
“Nasib la (ketua pengarah kesihatan) Dr Noor Hisham yang selalu buat sidang media. Kalau harapkan Dr Adham Baba yang buat sidang media. Jahanam segala fakta yang sepatutnya dilaporkan. Hahahahaa,” kata salah seorang pengguna Twitter @shahriezalsalim.
“Aku boleh terima lagi Adham Baba ini kata negara ada 200, ni sampai 500. Ya Allah, kenapa aku dapat menteri macam ini,” tulis seorang lagi pengguna akaun Twitter @Sakinah48373637.
Bekas Perdana Menteri, Najib Razak berkata, perbuatan tersasul itu merupakan perkara biasa. Sedangkan Anwar Ibrahim sendiri katanya, pernah menyebut tarikh 50 Februari.
Sumber: MalaysiaKini, MGAG
Sumber : thereporter.my