Tak Sanggup Dengar Berita Keluarga Tinggal Dalam Kebun Getah. Ebit Lew Kembali Salurkan Bantuan


Ustaz Ebit Lew sudah kembali salurkan bantuan? Ya, 2 jam yang lalu, pendakwah bebas Ebit Lew kembali berkongsi di Facebook miliknya tentang bantuannya yang sanggup pergi ke Baling Kedah selepas mendapat tahu berita ada keluarga yang tinggal dan tidur di sebuah pondok usang dalam kebun getah.

Meskipun mendapat banyak dugaan beberapa hari ini sehingga dipanggil pihak polis untuk memberikan keterangan selepas ada pihak membuat laporan terhadap bantuan yang dilakukannya, ia tidak mematahkan semangat Ebit Lew untuk terus membantu mereka yang susah.

Jika pihak tertentu yang tidak berpuas hati dengan Ebit Lew merasakan dia sudah menang, nampaknya tanggapan itu salah selepas kita dapat lihat seluruh rakyat Malaysia menyokong usaha murni Ebit Lew.

Menangis lagi di Baling Kedah. Dah 2 hari tak tidur bila dapat berita tentang keluarga suami isteri dan 4 orang anak masih kecil-kecil dah setahun tinggal di bangsal atau khemah setahun dah. Selepas sahur terus ke sini. Jauh dari orang dan dalam kebun getah. Banyak nyamuk. Tak lepas kereta saya masuk dalam. Kena jalan kaki. Menangis tengok adik-adik ini. Ya Allah maafkanlah saya. Ampunkan dosa diri saya.

Sebelum hadir mereka kata ada ketua masyarakat disini hadir semalam dan janji akan beri rumah. Tolong buat rumah tapi selepas PKP nanti. Syukur Alhamdulillah. Terima kaseh ketua masyarakat dan masyarakat setempat yang banyak membantu mereka. Semua badan ada hantar makanan dan sekolah pun beri percuma pada mereka makanan disekolah. Terima kaseh semua. Gembira dengar. Syukur sangat.

Bagi saya sehari mereka disini adalah dosa buat saya yang tidur lena. Makan sedap. Rumah saya besar dan kenderaan macam-macam. Anak kecil ini penuh nyamuk. Mereka anak yang baik. Senyum jer bahagia. Anak-anak ini anak yang baik sangat. Comel. Cemerlang pelajaran dan sukan.

Baik jer beradab sangat. Allahuakbar. Adik main dekat mana. Dekat sinilah ustaz. Allahuakbar. Saya nak masuk pun takut. Dia main 4 beradik. Yang besar darjah 5 perempuan.

Saya kata jom pindah rumah saya akan cari rumah sewa boleh duduk sampai bila-bila saya bayar. Jika ada kerajaan buatkan rumah boleh pindah sana. Sehari adik disini buat saya tak boleh tidur. Sedih sangat rasa. Rasa bersalah. Doakan saya tengah cari rumah sewa sementara untuk mereka.


Terima kasih Ebit Lew dan teruskanlah melakukan usaha murni ini untuk menjamin mereka yang kurang bernasib baik.

Sumber: Facebook Ebit Lew

+ Baca respon pembaca yang di Facebook Oh! Media.


Sumber: Oh! Media