'Tak menyesal sebab saya sakit hati' - Suami bunuh lelaki yang hamilkan isterinya 5 bulan


Penemuan mayat seorang lelaki berhampiran Tol Kebomas, Gresik, Jawa Timur, Indonesia pada 28 Disember 2019 membawa kepada penangkapan suspek. 

Ketua Polis Gresik, Kusworo Wibowo berkata, suspek berjaya ditahan selepas pihaknya melakukan siasatan selama tiga bulan. 

Kronologinya, mayat mangsa, Muhammad Mulla atau Mad Mola ditemui dalam keadaan tertiarap bersama dengan bungkusan berisi batu akik dan kertas mantera.

Bermula dari itu, polis membuka kertas siasatan dan giat menjejak suspek pembunuhan itu. 

Dalam tempoh tiga bulan, polis menahan beberapa suspek yang terbabit dalam kes itu dan 9 April 2020, suspek utama telah berjaya ditahan. 

Siasatan awal mendapati, suspek utama berasal dari Madura dan bekerja di Malaysia. Suspek mengakui melakukan pembunuhan itu kerana bengang dengan mangsa yang menghamilkan isterinya. 

"Motifnya sakit hati, di mana mangsa mempunyai hubungan dengan isteri suspek. Dari hubungan haram itu, isteri suspek disahkan hamil lima bulan," katanya. 

Pembunuhan itu berlaku ketika suspek pulang ke rumahnya dan terkejut apabila mengetahui isterinya hamil lima bulan. 

Setelah puas dipujuk, si isteri mengakui bahawa janin yang dikandungnya itu adalah hasil dari hubungan curang bersama mangsa. 

Dari situ, suspek mula mengumpul rakan-rakannya untuk mencari mangsa. Tetapi mangsa telah melarikan diri ke Gresik telah mendapat tahu suspek sudah pulang dari Malaysia. 

Rakan-rakan suspek kemudian menjemput mangsa di Gresik. Mangsa dipujuk memasuki kenderaan, sementara lima lagi suspek lain menunggu dalam kereta.


Di dalam kereta itu, suspek dicekik dan dijerat menggunakan tali sampai mati. Kemudian mayatnya dibuang berhampiran exit Tol Kebomas. 

Kesemua suspek kini akan dikenakan tindakan undang-undang dan berdepan dengan hukuman penjara seumur hidup kerana melakukan pembunuhan terancang. 

Sementara itu, suspek utama mengakui dia tidak menyesal sedikit pun dengan apa yang telah berlaku. 

"Tidak menyesal, karena saya sakit hati," katanya. 

Sumber: Sosok


Sumber : thereporter.my