Siapa jer yang tak kenal dengan gandingan duet Siti Nordiana suatu ketika dulu iaitu Allahyarham Achik Spin atau nama sebenarnya Abdillah Murad Md Shari. Achik meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya pada 17 April 2010 di Lebuhraya Lekas. Setiap kali tiba 17 April, penyanyi popular dan juga adik kepada arwah, Tajul akan memuatnaik satu perkongsian di Instagram miliknya tentang pemergian arwah abang kesayangannya itu.
Menerusi perkongsian tersebut, Tajul mengatakan sudah 10 tahun pemergian arwah dan berasa sangat rindukan arwah berserta surah Al-Fatihah. Salam takziah diucapkan dan marilah kita sama-sama sedekah Al-Fatihah kepada arwah Achik Spin dan semoga dirinya berada dikalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.
Boleh dikatakan lagu yang dinyanyikan arwah Achik Spin, kebanyakkannya masih lagi di dengari ramai sehingga sekarang. Antara lagu yang memang orang dengar sehingga sekarang dan memang menjadi kegilaan ramai di pusat karaoke ialah lagu Sejuta Maaf, Rela, Memori Berkasih, Gurauan Berkasih dan banyak lagi.
Sumber : Tajul
+ Baca respon pembaca Tajul rindukan arwah abangnya di Facebook Oh! Media.
Sumber: Oh! Media