Tahniah! Aiman Tino & Fara Hazel Dapat Ahli Baru Dalam Keluarga


Tahniah Ohmedia ucapkan kepada Aiman Tino dan Fara Hazel kerana ibu mereka telah melahirkan cahaya mata yang ke-11 dengan seberat 3.39 kilogram secara normal pada hari Khamis jam 6.45 petang di Hospital Selayang, Selangor.

Alhamdulillah proses kelahiran anak ke-11 ini dipermudahkan...cuma lama sikit baby keluar, tunggu di bilik bersalin dari pukul 11 pagi sampai 6 petang. Namun semuanya berjalan lancar, 11 kali bersalin semestinya sakit dan pengalaman itu tak sama, perasaan gementar dan takut itu mesti ada! - kata ibu Aiman Tino

Wah, ramai betul adik-beradik diorang ni ya! Kalau korang nak tahu ahli baru dalam keluarga mereka dinamakan sebagai Nina Deylisya. Menurut laporan mStar, ibunya yang bernama Hazelina Mat Jalil, akan berpantang di rumahnya yang terletak di Kuala Kubu Bharu.

Selepas ini saya akan berpantang di rumah kami di Kuala Kubu Bharu...saya dan suami dah fikirkan nama iaitu Nina Deylisya. Penerimaan anak-anak lain semuanya happy dan seronok dapat adik baru, maklumlah lima tahun tak ada adik. Ini anak terakhir...doktor pun dah sarankan untuk saya 'tutup kilang' memandangkan anak dah ramai dan atas faktor kesihatan. Lepas ni kami tunggu cucu pula! Apa-apa pun saya nak ucapkan terima kasih kepada doktor, jururawat di Hospital Selayang yang membantu sepanjang proses kelahiran walaupun semuanya sedang sibuk berdepan wabak Covid-19. -kata ibu Aiman Tino

OHMEDIA: TAHNIAH AIMAN TINO DAN FARA HAZEL. JAGA PRINCESS TU BAIK-BAIK YA?

Sumber: mStar

+ Baca respon pembaca ucap tahniah di Facebook Oh! Media.
Sumber: Oh! Media