Syaitan Bertopengkan Manusia! Oh Tweet Kongsi Kisah Disebalik Mustafa Kemal Ataturk Presiden Pertama Turki


Hari ini di Twitter kami @ohtweet telah berkongsi satu kisah yang mungkin jarang diceritakan kepada kita sekarang. Seorang pemimpin yang merupakan presiden pertama Turki iaitu Mustafa Kemal Ataturk pernah menggegarkan dunia Islam.


Dalam sejarah dunia, dia dianggap sebagai bapa pemodenan Turki moden yang mana namanya sangat dibanggakan dan diberikan gelaran "Ataturk" yang bermaksud bapa orang Turki. Dia merupakan pembawa sekularisma di Turki.

Namun, jika dilihat sejarah dari sudut pandangan lain Ataturk adalah seorang yahudi yang menyamar menjadi seorang Islam untuk menghancurkan Islam itu sendiri dari dalam. Dia adalah orang yang bertanggungjawab menghapuskan pemerintahan khalifah Islam yang dibubarkan secara rasmi pada 3 March 1924.

Dia sengaja menjauhkan nilai-nilai agama dari kehidupan rakyat Turki yang selama ratusan tahun dinaungi cahaya Islam. Seorang pengkhianat agama yang tidak dapat kita bayangkan kejahatannya.


Ayahnya, Ali Riza, adalah seorang pengawal di jabatan kastam manakala ibunya bernama Zubayde seorang wanita yang amat taat dalam menjalankan agama.

Menurut H.S. Armstrong, salah seorang pembantu Ataturk dalam bukunya yang berjudul "al-Zi'bu al-Aghbar" telah menulis:

Sesungguhnya Ataturk adalah daripada keturunan Yahudi. Nenek moyangnya adalah Yahudi yang berpindah dari Sepanyol ke bandar Salonika.


Nak tahu apa yang terjadi dan bagaimana kisah ini berakhir sehingga mayatnya tidak diterima bumi? Banyak lagi muslihat dan pendedahan yang korang boleh ikuti di thread di atas. Semoga apa yang dikongsikan ini menjadi pengajaran buat kita untuk menjaga kesucian agama Islam.

Sumber: @ohtweet

+ Baca respon pembaca yang minat dengan sejarah negara Islam di Facebook Oh! Media.


Sumber: Oh! Media