Sudah lebih 1 bulan rakyat Malaysia melakukan kerja dari rumah atau ‘Work From Home’ selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diumumkan. Ohmedia yakin yang ramai sudah dapat membiasakan diri untuk melakukan tugasan ini di rumah.
Pelbagai cara kreatif dikongsi dan dilakukan rakyat Malaysia sekarang. Ada yang membuat Facebook Live dan Instagram Live untuk melayan pelanggan mereka. Ada juga syarikat yang menggunakan aplikasi khas untuk mengadakan meeting bersama staf mereka setiap hari.
Tetapi, semua kerja ini tidak dapat dilakukan dengan lancar kalau kawasan kita masih mempunyai internet yang lemah. Disebabkan itu, Celcom Malaysia tampil berkongsi tips untuk memastikan sambungan internet di rumah korang lebih pantas dari kebiasaan.
Pastikan Router diletakkan di tempat sesuai
Router memainkan peranan penting untuk menentukan tahap kelajuan sambungan WiFi. Korang perlu letakkan router seelok-eloknya di tengah-tengah rumah atau di kawasan yang lapang. Elakkan router berdekatan dengan objek logam dan peralatan nirwayar lain.
Korang mesti nak tahu perbezaan antara WiFi 5GHz dengan 2.4GHz kan? Pilih jalur lebar 5GHz sekiranya berada berdekatan dengan router dan gunakan 2.4GHz sekiranya berada jauh dari router.
Sekat semua iklan di browser
Padam aplikasi yang jarang digunakan
Lepas baca tips ni, korang terus periksa aplikasi yang korang install dalam phone dan laptop tu! Mesti banyak aplikasi yang bukan-bukan. Haha! Korang kenalah periksa sebab semua aplikasi ni walaupun kita tak guna, dia tetap tarik data internet kita. Ini tidak, data internet habis jer melalak salahkan orang lain. Hehe!
Elak Auto-Sync di semua aplikasi
Korang perlu matikan fungsi Auto-Sync di iCloud, Dropbox, Google Drive dan sebagainya pada aplikasi-aplikasi yang korang jarang guna di telefon pintar korang ya sebab ianya melambatkan internet nanti!
Pasang kabel ethernet
Panggilan video perlukan internet yang stabil dan pantas supaya tidaklah tersekat-sekat masa buat panggilan nanti. Stress woi! Cara terbaik untuk masalah ini adalah dengan menggunakan kabel ethernet pada peranti dan sambungkan terus ke rangkaian. Penggunaan kabel ni Ohmedia sangat galakkan untuk korang yang baru setup ‘workspace’. Kabel ethernet ni boleh beli terus dekat Lazada or Shopee.
Duduk rumah & sentiasa kekal berhubung bersama tersayang
Jangan terlalu sibukkan diri dengan bekerja dari rumah. Ambil sedikit masa untuk luangkan masa dengan diri sendiri untuk berehat tau gais.Jangan lupa untuk #StayIn di rumah dan memberikan sokongan dengan sertai kempen dari Celcom dengan memuat naik gambar #StayIn di laman sosial korang dengan kapsyen ‘We #StayIn As One, We Stay Safe’. Gambar tersebut korang boleh dapatkan di http://stayin.com.my/.
Kekal berhubung dengan pas internet Celcom di aplikasi Celcom Life atau korang boleh dail *118# sekarang gais! Untuk maklumat lanjut, boleh pergi ke lawan web Celcom ya.
Sumber: Oh! Media