Pelakon Puteri Aishah yang kini sedang dirawat di Hospital Sungai Buloh yang didapati positif COVID-19 nanti mengakui yang dirinya semakin insaf selepas melihat keadaan petugas hadapan berperang dengan pandemik ini.
Saya kagum dengan komitmen yang ditunjukkan petugas barisan hadapan. Mereka bersungguh membendung penularan virus ini. Bayangkan, kita pakai topeng muka pun rimas, apatah lagi mereka yang terpaksa memakai peralatan perlindungan diri (PPE) untuk tempoh lama. Bukan itu sahaja, mereka juga mempertaruhkan nyawa dengan tugas berbahayai itu. Saya melihat mereka di depan mata, rasa insaf dalam diri. Jadi, patuhi arahan PKP yang dikuat kuasa kerajaan. - Katanya kepada Berita Harian.
Puteri turut mengajak orang ramai untuk melakukan ujian saringan COVID-19 dan jangan berasa takut. Sentias bersedia mental dan fizikal sekiranya ujian mengesahkan diri kita positif kerana ini bagi memastikan wabak ini tidak terus merebak kepada orang lain. Apatah lagi terkena keluarga kita sendiri.
Keadaan saya sekarang stabil. Saya tak demam, batuk, sesak nafas atau mengalami sebarang gejala lain. Cuma, doktor memberitahu saya mengalami jangkitan kuman pada paru-paru. Jika dilihat dari segi fizikal, saya nampak okay sahaja. - Jelasnya lagi.
OHMEDIA: SEMOGA PUTERI AISHAH TERUS BERSEMANGAT DAN KEMBALI SIHAT SELEPAS INI.
Sumber: Berita Harian
+ Baca respon pembaca yang meminati Puteri Aishah di Facebook Oh! Media.
Sumber: Oh! Media