Pencetus Ummah Riz disahkan positif covid-19 selepas menjalani ujian saringan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) hari ini. Riz dikatakan telah mengalami demam panas sejak tiga hari lalu dan sudahpun berada di PPUM ketika ini untuk dikuarantinkan sehingga ujian menjadi negatif nanti.
PU Riz menganggap yang ini semua adalah ujian daripada Allah SWT terhadap dirinya dan redha setelah mendapat berita tentang dirinya adalah salah seorang yang terkena jangkitan covid-19. Katanya juga, setinggi mana pun kita jaga kebersihan kita, sekiranya Allah nak datangkan penyakit itu kepada kita tetap tidak boleh mengelak. Sepanjang PKP berlangsung, Riz mengatakan yang dirinya hanya berada dirumah dan keluar sekiranya ingin membeli barang keperluan sahaja dan sebelum PKP berlangsung, dia kerap solat di masjid yang berdekatan dengan rumahnya sebelum masjid itu diarahkan tutup akibat covid-19.
Riz mengharapkan doa yang dia akan cepat sembuh dan bebas daripada virus covid-19. Ohmedia berharap yang kita semua sentiasa dilindungi Allah SWT dan sama-samalah kita berusaha untuk menangani wabak ini daripada menular. Duduk dirumah untuk hapuskan rantaian wabak ini ya gais.
Sumber : Berita Harian
+ Baca respon pembaca PU Riz disahkan positif di Facebook Oh! Media.
Sumber: Oh! Media